Assalamualaikum..hari ni 16hb Disember ada masa lapang sikit boleh lah nak update blog..apa kata kak syima kongsi dengan anda semua resepi bingka pandan yang kak syima p belajar dengan chef asma di pucung..agak lama dah ni kak syima pi belajar mungkin 2 thn yang lalu dah lupa..jadi boleh lah anda cuba..nanti bagitau kaksyima jadi ka tak ya..
Resepi Bingka Pandan
300 gm tepung gandum
300 gm gula pasir
500 ml santan
500 ml air (dikisar bersama 5 helai daun pandan dan tapis)
6 biji telur (dipukul hingga berbuih)
1/2 sudukecil garam
Bahan diletak atas permukaan bingka
50 gm majerin- dicairkan
bijan untuk ditabur atas permukaan
Cara cara membuatnya:-
1.satukan semua bahan diatas dan pukul dengan pemukul telur sehingga adunan berbuih
2.Tapiskan aduanan ke dalam loyang yang dilapik dengan kertas
3. Tuangkan majerin yang dicairkan dan tabur bijan
4. Bakar pada suhu 160 darjah selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing2
5. Apabila bingka hampir masak sapukan atas permukaan dengan sedikit santan pekat untuk bagi berkilat/wangi
gambar nanti kak syima bubuh..selamat mencuba...
Bingka Pandan chef asma pucong..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan